Labels

Cars (5) Easy Info (2) Foods (1) Gadget (1) Health Tips (1) Movies (1) Permohonan (1)

Thursday, January 05, 2017

Proses Permohonan Kahwin Berlainan Negeri (Sabah-Terengganu)




Bagi pasangan-pasangan yang ingin berkahwin terutamanya bagi pasangan berlainan negeri (Sabah-Terengganu) berikut merupakan proses permohonan yang perlu anda buat untuk mendapatkan surat kebenaran BERKAHWIN.

Proses permohonan pula dibahagikan kepada dua pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan, untuk maklumat pihak lelaki perlu melengkapkan permohonan dan mendapatkan surat kebenaran berkahwin dari pendaftar nikah daerah terlebih dahulu sebelum menyerahkan surat kebenaran kepada pihak perempuan.


1. Perkara pertama yang wajib anda buat bersama pasangan adalah menghadiri kursus kahwin untuk mendapatan sijil kursus pra-perkahwinan.

2. Melengkapkan procedur permohonan nikah
    
I. DAPATKAN BORANG 2A DENGAN MENGISI PERMOHONAN SECARA ONLINE DI ALAMAT://http:ncr.jais.gov.my

II. DAPATKAN BORANG PEMERIKSAAN UJIAN DARAH/ HIV DARI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN YANG BERHAMPIRAN

III . LENGKAPKAN BORANG DAN LAMPIRKAN DOKUMEN SOKONGAN (3 BULAN SEBELUM AKAD NIKAH)

iv. DAPATKAN PENGESAHAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH QARIAH

v. DAPATKAN KEBENARAN BERKAHWIN DARI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID)


3. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

I. SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)

II. SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)

III. SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)

IV. KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV 

V. SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)

VI. SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN 
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat
didalam kad pengenalan).


VII. SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)

VIII. SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)

IX. SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)

X. SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN. 
(Jika pemohon warganegara asing)



*Setelah lengkap barulah serahkan semua dokumen kepada pihak perempuan untuk proses permohonan nikah dipihak mereka.

**Permohonan nikah bagi pihak perempuan adalah mengikut procedur negeri asal masing-masing.

***Sila klik link dibawah untuk mendaftar secara online



Semoga info yang dikongsikan bermanfaat.


#theCHEAPcars

No comments:

Post a Comment