Meet the all new Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo the most famous B-segment car in Malaysia.
Toyota Vios merupakan model keluaran syarikat automobil Jepun Toyota. Vios generasi pertama telah dilancarkan untuk memasuki pasaran Asean seperti Malaysia pada tahun 2002 dan kini telah menjangkau keluaran generasi ke-3.
Nama Vios yang diambil daripada perkataan latin bermaksud bergerak kehadapan (Moving forward) adalah kereta dalam kumpulan B-segmen yang terlaris di Malaysia dimana sebanyak 265000 unit telah terjual sejak hari pertama dilancarkan mengalahkan jenama di dalam kelas yang sama seperti Honda City dan juga Nissan Almera.
Vios generasi ke-3 telah dilancarkan pada tahun 2013 yang terdiri daripada lima model variasi pilihan bermula dengan Vios 1.5J (MT) bernilai RM 77,980 sehinggalah variasi spesifikasi penuh iaitu Vios 1.5 TRD Sportivo bernilai RM 97,980.
Vios 1.5 TRD Sportivo sememangnya menawan luar dan dalam serta dilengkapi dengan ciri-cir pelbagai yang sangat menarik. Vios didatangkan dengan enjin 4-cylinder, In-line, 16-Valve, DOHC dengan VVT-i yang memberikan kuasa pecutan sebanyak 109 kuasa kuda dan daya torque sebanyak 141Nm. Lebih daripada itu, ia didatangkan dengan TRD Sportivo body kit yang sangat mempesonakan.
Informasi lanjut mengenai harga dan specifikasi, sila klik pautan di bawah:
#theCHEAPcars
No comments:
Post a Comment