Labels

Cars (5) Easy Info (2) Foods (1) Gadget (1) Health Tips (1) Movies (1) Permohonan (1)

Monday, August 29, 2016

Cara Mudah Ke KLIA Dan KLIA2



Sebagai warga KL dan sekitar lembah klang, kita sering kali berhadapan dengan situasi lambat untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disebabkan perkara seperti jalan yang sesak mahupun masalah tidak tahu jalan dan pastinya situasi ini sangatlah mencemaskan.

Tertinggal kapal terbang merupakan perkara yang sangat merugikan dan sangat menyakitkan hati. Namun semua ini dapat dielakkan dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam KLIA Express dan KLIA Transit. Pengangkutan awam ini dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak tahun 2003 lagi.



KLIA Express memberikan perkhidmatan perjalanan tanpa henti dua hala sahaja iaitu Kl Sentral - KLIA/KLIA2 dan KLIA/KLIA2 - KL Sentral. Masa perjalanan hanya mengambil masa selama +/- 33 minit,sangat pantas jika dibandingkan jenis pengangkutan darat yang lain.


KLIA Transit pula memberikan perkhidmatan dua hala secara berhenti-henti disepanjang laluan Kl Sentral - KLIA/KLIA2 dengan harga tiket yang lebih murah. Pastinya, pengalaman perjalanan pula adalah selesa dan santai sambil menikmati panorama pinggiran kota Kuala Lumpur yang mendamaikan.

Berikut adalah harga tambang tiket KLIA Express dan KLIA transit:





Jadual KLIA Express dan KLIA Transit yang perlu anda ingat: 




Kini, sampai ON TIME ke airport bukan lagi satu kesukaran. Have a pleasant flight!!!


Sila klik link dibawah untuk informasi lebih lanjut:


#theCHEAPcars

No comments:

Post a Comment