Labels

Cars (5) Easy Info (2) Foods (1) Gadget (1) Health Tips (1) Movies (1) Permohonan (1)

Wednesday, August 31, 2016

Homemade Swedish IKEA Meatballs


Beloba daging IKEA pastinya diminati dan digilai ramai, sehinggakan ada yang sanggup meredah trafik yang sesak dan mengambil masa yang lama. Tapi kenapa perlu ke IKEA kalau kita boleh membuatnya dirumah.

Monday, August 29, 2016

Cara Mudah Ke KLIA Dan KLIA2



Sebagai warga KL dan sekitar lembah klang, kita sering kali berhadapan dengan situasi lambat untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disebabkan perkara seperti jalan yang sesak mahupun masalah tidak tahu jalan dan pastinya situasi ini sangatlah mencemaskan.

Tertinggal kapal terbang merupakan perkara yang sangat merugikan dan sangat menyakitkan hati. Namun semua ini dapat dielakkan dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam KLIA Express dan KLIA Transit. Pengangkutan awam ini dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak tahun 2003 lagi.



KLIA Express memberikan perkhidmatan perjalanan tanpa henti dua hala sahaja iaitu Kl Sentral - KLIA/KLIA2 dan KLIA/KLIA2 - KL Sentral. Masa perjalanan hanya mengambil masa selama +/- 33 minit,sangat pantas jika dibandingkan jenis pengangkutan darat yang lain.


KLIA Transit pula memberikan perkhidmatan dua hala secara berhenti-henti disepanjang laluan Kl Sentral - KLIA/KLIA2 dengan harga tiket yang lebih murah. Pastinya, pengalaman perjalanan pula adalah selesa dan santai sambil menikmati panorama pinggiran kota Kuala Lumpur yang mendamaikan.

Berikut adalah harga tambang tiket KLIA Express dan KLIA transit:





Jadual KLIA Express dan KLIA Transit yang perlu anda ingat: 




Kini, sampai ON TIME ke airport bukan lagi satu kesukaran. Have a pleasant flight!!!


Sila klik link dibawah untuk informasi lebih lanjut:


#theCHEAPcars

Sunday, August 28, 2016

IKEA Cheras Kini Dibuka!!!



IKEA Cheras merupakan cawangan kedua syarikat penjualan perabot dan kelengkapan rumah yang berasal dari Sweden. Cawangan kedua ini berkeluasan 42000 meter persegi iaitu 20% lebih luas daripada cawangan pertama di Damansara.

Buat semua peminat makanan signature meatball dan chicken wing IKEA, anda kini tidak perlu bersusah payah menghadap trafik sesak untuk ke Damansara kerana cawangan IKEA  terbaru ini terletak di lokasi yang sangat strategik dan sangat mudah untuk dikunjungi bagi meraka yang tinggal dikawasan timur dan selatan lembah klang.

Bagi pelajar-pelajar baru UPM, Gambar di bawah adalah laluan yang biasa digunakan.



Sila Klik link dibawah untuk mengetahui informasi lebih lanjut:

1. IKEA Malaysia

#theCHEAPcars

Saturday, August 27, 2016

Kenali Perodua Bezza 2016



Model sedan pertama keluaran Perodua iaitu Bezza mencetus fenomena selepas menerima 5000 tempahan setakat hari pertama selepas dilancarkan. Selain itu, Perodua juga mensasarkan untuk menjual 7.600 unit setiap bulan tahun ini.

Strategi pemasaran pula, Perodua telah membuka sebanyak 181 bilik pameran diseluruh negara untuk membolehkan para pelanggan mengetahui lebih lanjut mengenai model Bezza yang dikatakan menelan kos pembangunan sebanyak RM 300 juta dan 95% pengeluarannya adalah dari kandungan tempatan. Yuran tempahan pula adalah sebanyak RM 300 sahaja.

Berikut adalah ciri-ciri utama model sedan pertama Perodua ini:

1. Ruang bonet belakang yang luas 508L




2. Energy Efficient Vehicle (EEV)


3.Ciri-ciri keselamatan komprehensif





#theCHEAPcars

Friday, August 26, 2016

TOYOTA Vios 1.5 TRD Sportivo : Malaysian Price and Specs




Meet the all new Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo the most famous B-segment car in Malaysia.

Toyota Vios merupakan model keluaran syarikat automobil Jepun Toyota. Vios generasi pertama telah dilancarkan untuk memasuki pasaran Asean seperti Malaysia pada tahun 2002 dan kini telah menjangkau keluaran generasi ke-3.


Nama Vios yang diambil daripada perkataan latin bermaksud bergerak kehadapan (Moving forward) adalah kereta dalam kumpulan B-segmen yang terlaris di Malaysia dimana sebanyak 265000 unit telah terjual sejak hari pertama dilancarkan mengalahkan jenama di dalam kelas yang sama seperti Honda City dan juga Nissan Almera.

Vios generasi ke-3 telah dilancarkan pada tahun 2013 yang terdiri daripada lima model variasi pilihan bermula dengan Vios 1.5J (MT) bernilai RM 77,980 sehinggalah variasi spesifikasi penuh iaitu Vios 1.5 TRD Sportivo bernilai RM 97,980



Vios 1.5 TRD Sportivo sememangnya menawan luar dan dalam serta dilengkapi dengan ciri-cir pelbagai yang sangat menarik. Vios didatangkan dengan enjin 4-cylinder, In-line, 16-Valve, DOHC dengan VVT-i yang memberikan kuasa pecutan sebanyak 109 kuasa kuda dan daya torque sebanyak 141Nm. Lebih daripada itu, ia didatangkan dengan TRD Sportivo body kit yang sangat mempesonakan.

Informasi lanjut mengenai harga dan specifikasi, sila klik pautan di bawah:


#theCHEAPcars

MARK WAHLBERG: DEEPWATER HORIZON



"When faced with our darkest hour, Hope is not a tactic..."


Deepwater Horizon is an a biographical disaster thriller-drama film directed by Peter Berg, The film stars Mark WahlbergKurt RussellJohn MalkovichGina RodriguezDylan O'Brien and Kate Hudson. It is based on the 2010 Deepwater Horizon explosion and oil spill in the Gulf of Mexico.

Deepwater Horizon will be expected to hit the cinemas in Malaysia on 29 September 2016. Kind suggestion for those guys who loved chaotic cinematography and relive Deepwater Horizon final hours, a Dolby Maxx Atmoss offered by GSC (www.gsc.com.my) is a must for the fullest watching experience and satisfaction.

Trailers

#theCHEAPcars

Perodua Bezza VS Proton Persona 2016





VS




Tahun 2016 menyaksikan persaingan sengit di antara dua syarikat pembuat kereta nasional negara iaitu Perodua dan Proton, di mana kedua-duanya memperkenalkan model terbaru dengan jarak masa kurang daripada dua bulan.

Pada 21 Julai yang lepas, Perodua telah melancarkan model terbaru meraka iaitu Perodua Bezza yang merupakan model sedan pertama syarikat automobil tersebut manakala pada 24 Ogos pula Proton melancarkan model Persona 2016.

Perodua Bezza memasuki pasaran dengan harga bermula serendah RM 37,300 manakala Proton Persona 2016 bermula dengan harga serendah RM 46,350. Bagi model berspecifikasi penuh, Perodua Bezza 1.3 Advance bernilai RM 50,800 dan Proton Persona Premium 1.6 CVT bernilai RM 59,800.

Informasi lanjut mengenai harga dan specifikasi, sila klik pautan di bawah

1. Bezza Price & Specs
2. Persona Price & Specs

#theCHEAPcars